aku sudah kembali.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. akhirnya dapat jugak aku buka WP. Setelah lama mencari jalan penyelesaian. Hari ini just nak share untuk kenangan. aku dah kahwen la. Dah nak cukup setahun dah. Huhu macam xpercaya pon ada. Kalau korang nak kenal isteri aku nanti akan perkenalkan. Ok lah. jap ag nak siap nak balik ke kelantan dengan adikku. ok bye

kata2 hikmah

ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. berharaplah hanya kepada Allah. kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”

Posted from WordPress for BlackBerry.

Sedarkah kita?

Wahai anakku,
Aku seringkali tertanya-tanya apakah yang biasa engkau minta bila berdoa. Aku sangat bimbang kamu biadap pada Tuhanmu. Apakah kamu terus meminta habuan dunia, tanpa kita memohon keampunan dari Allah terlebih dahulu?

Wahai anakku,
Kamu contohilah Rasulullah dan para sahabat bilamana mereka berdoa. Hal ini dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran: “Dan mereka tidaklah memohon melainkan mereka berkata Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami, dan sikap melampaui kami dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami (dalam agamamu), dan bantulah kami dalam mengalahkan golongan yang kafir.”

Engkau patut berasa malu bilamana kamu munajat dengan Allah, lalu engkau meminta nikmat dunia, memohon kekayaan, kesihatan, keselesaan hidup, kejayaan projek, dan lainnya TANPA TERLEBIH DAHULU engkau memohon keampunan dari dosa, memohon keberkatan dalam setiap usaha yang kamu lakukan.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, tanpa rahmat dan keberkatan, segala nikmat akan bertukar menjadi bala bencana. Jangan kamu lupa kata-kata aku ini kerana aku sangat bimbang kekayaanmu bertukar menjadi kesombonganmu yang dibenci ramai dan dipandang hina oleh Allah, dan pengaruh pangkat yang dikecapimu bertukar menjadi kezaliman kepada orang di sisimu.

Wahai anakku,
Aku tersenyum gembira melihat kamu tersentuh dengan nukilan ini. Senyuman yang terpahat di wajahmu adalah pahala yang membawa ke syurga. Senyum.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Coretan Senja

Assalamualaikum WBT.

lama sudah aku tidak menulis catatanku di blog ni. Maklumlah busy skit. Sebelum terlambat izinkan aku ucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat islam di seluruh dunia.

          Walaupun hari ini diistiharkan cuti aku ambil peluang untuk bekerja untuk menyiapkan kerja2 yang tertangguh. Lepas tu ak ke Shah Alam, sempat bersolat jumaat kat Masjid Seksyen 13 Shah Alam. fuhhh suasana di Masjid itu sgt menarik. maklumlah dengan Khutbah dari imam muda. sgt teruja la. tambahan pula dengan keadaan selesa dekat masjid dan dengan jemaah yang berseri-seri untuk datang ke Masjid menunaikan kewajiban membuatkan aku sgt2 teruja.

         Selepas Selesai Solaty Jumaat, aku terus beransur ke Bank Islam Putrajaya untuk tujuan pembayaran kereta. Tapi malangnya bateri phone aku xde plak, semua no akaun atau maklumat dalam tu. So terpaksa la aku menangguhkan pembayaran ke kemudian hari. Pada masa yang sama aku juga telah ke Kaunter TH untuk tujuan penyemakan sama ada akaun TH ak masih aktif.. alhamdulillah masih aktif dan mulai saat ini aku ingin membuat sedikit tabungan untuk tujuan aku menjadi tetamu Allah di bumi Penuh Barokah nnt. InsyaAllah

       Selesai sudah, aku terus beransur ke Masjid Besi Putrajaya untuk solat Asar dan untuk berbuka puasa dengan bekas Bos aku En Ahmed. Bila aku berada kat masjid besi tu sgtlah tenang hati aku sb suasana nya sgtlah menarik dan pada masa yang sama sempat aku luangkan masa untuk melihat persembahan Qasidah. Alhamdulillah< selesai sudah solat maghrib aku beratur untuk mendapatkan juadah berbuka tapi aku denganb bos aku sgt malang kerana makanan untuk berbuka sudah hbs, pengalaman yang aku x boleh lupakan kerana aku sgt gembira walaupun x boleh makan, makn bihun sup jer la. alahmdulillah

 

malam pulak balik sempat luangkan masa dengan jemaah masjid Al – Qayyum. Alhamdulillah. Syukur

 

Tazkirah 15 Ramadan

Sesiapa yang berjumpa dalam majlis yang baik di dunia, nescaya Allah akan kumpulkan dia dalam majlis yang lebih baik di akhirat, Dan sesiapa yang tidak diizinkan untuk berada dalam majlis yang baik di dunia, janganlah dia bermimpi untuk berada di syurga Allah

…… Bermaksud bahawa jika sekiranya kita hidup di dunia tiba-tiba Allah tidak pilih kita untuk berada dalam Rumah Allah (Masjid) menjadi tetamuynya jangan mimpi jadi tetamu Allah di akhirat kerana menjadi tetamu Allah di akhirat lebih susah…..

15 Ramadhan 1434
01: 40 Pm

Posted from WordPress for BlackBerry.